Eduroam atau lebih dikenali sebagai ‘education roaming’ ialah perkhidmatan akses perantauan yang selamat digunakan di seluruh dunia untuk komuniti penyelidikan dan pembelajaran antarabangsa. Eduroam membenarkan pelajar, penyelidik dan staf daripada institusi-institusi yang terlibat untuk menerima kemudahan Internet apabila melawat institusi-institusi terlibat hanya dengan log masuk menggunakan id institusi mereka sendiri. Konsep eduroam adalah pengesahan pengguna dilakukan oleh institusi asal pengguna manakala kebenaran capaian ke rangkaian/internet dilakukan oleh institusi yang dilawati.

 

Liputan kawasan capaian eduroam

Anda boleh mencapai eduroam di lebih daripada 12,000 lokasi di seluruh dunia. Di Malaysia, kebanyakan universiti awam sudah menyertai perkhidmatan eduroam. Untuk maklumat lanjut anda boleh menyemak melalui laman web ini: www.eduroam.org.

-->Panduan Pengguna eduroam Politeknik Kuching Sarawak

-->Log masuk Microsoft 365 pertama kali